1945–1955: Selepas perang Walt_Disney

Disney pada 1954.

Studio Disney turut menghasilkan sepakej filem murah yang mengandungi koleksi filem-filem kartun pendek, lalu mengeluarkannya di pawagam sepanjang akhir 1940-an. Pakej ini merangkumi Make Mine Music (1946), Fun and Fancy Free (1947), Melody Time (1948), dan The Adventures of Ichabod and Mr. Toad (1949). Pada masa yang sama, Disney turut menceburi filem cetera dramatis yang mengadun babak-babak animasi dan aksi sebenar, termasuk Song of the South dan So Dear to My Heart. Selepas berakhirnya perang, pudarnya juga populariti.[66]

Pada akhir 1940-an, studionya telah pulih secukupnya untuk meneruskan penerbitan filem-filem cetera Alice in Wonderland dan Peter Pan yang tertangguh akibat peperangan, lalu memulakan pembikinan filem Cinderella, yang menjadi filem Disney paling berjaya sejak Snow White and the Seven Dwarfs. Studio ini turut memulakan siri filem aksi sebenar bertema alam semula jadi yang berjudul True-Life Adventures pada tahun 1948, bermula dengan On Seal Island. Walaupun dijayakan oleh filem cetera, namun filem-filem animasi pendek Disney tidak selaris dahulu, kerana orang ramai mula memberi perhatian kepada Warner Bros. dan bintang animasinya Bugs Bunny; pada tahun 1942, studio Termite Terrace Warner Bros. menjadi studio animasi paling popular.[67] Sungguhpun Bugs Bunny semakin popular pada 1940-an, begitu juga dengan Donald Duck,[68] hinggakan Donald mengambil tempat Mickey Mouse sebagai bintang utama animasi Disney pada tahun 1949.[69]

Pada pertengahan 1950-an, Disney menghasilkan sebilangan filem pendidikan mengenai program angkasa dengan kerjasama pereka roket NASA Wernher von Braun: Man in Space dan Man and the Moon (1955), dan Mars and Beyond (1957).

Walt Disney bertemu dengan Wernher von Braun pada tahun 1954.

Rujukan

WikiPedia: Walt_Disney http://www.mbam.qc.ca/disney/index_en.html http://www.allacademic.com/meta/p114070_index.html http://www.anaheimwalkofstars.com/index.php http://www.animationusa.com/resources/aboutdisney.... http://www.animationusa.com/resources/aboutwb.html http://www.awn.com/mag/issue2.4/AWNMag2.4.pdf http://www.bcdb.com/bcdb/cartoon.cgi?film=15&m=r http://www.britannica.com/eb/article-9096160/Donal... http://www.britannica.com/eb/article-9106382/Fleis... http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&G...